SETELAH hampir dua tahun tidak membuat lagu baru, penyanyi Avril Lavigne kini sudah bersedia dengan lagu terbaharunya
 berjudul Here's to Never Growing Up.
Melalui akaun Twitter miliknya, penyanyi lagu Girlfriend ini 
sibuk bercerita tentang lagu tersebut. Dia turut membuka peluang kepada 
peminatnya untuk menyanyikan lagu terbaharu itu dengan memuat turun ke 
akaun Facebook miliknya.
"Ini ‘single’ terbaharu saya dan peluang anda untuk menyanyikan lagu 
ini dengan lirik yang saya kirim pada video tersebut," tulisnya.
Single Here's to Never Growing Up akan dilancarkan secara 
rasmi pada 9 April depan. Tunang Avril iaitu Chad Kroeger dilaporkan 
turut membantu dalam penghasilan lirik lagu itu.
Penyanyi berumur 28 tahun ini kali terakhir melancarkan album pada 2011 melalui lagu Goodbye Lullaby. Sepanjang kerjaya sebagai penyanyi, Avril telah mengeluarkan empat buah album.

No comments:
Post a Comment