Pelakon Harapan Wanita Terbaik, Festival Filem Malaysia ke-25 (FFM 25), Jojo Goh berharap kemenangannya menerusi filem
29 Februari akan membuka peluang untuknya terlibat dalam lebih banyak filem berbahasa Malaysia.
Jojo, 30, berkata, penghargaan itu sudah cukup untuk melonjakkan
semangatnya agar terus menempa nama dalam bidang lakonan dengan lebih
meluas dan tidak hanya tertumpu kepada produksi berbahasa Cina sahaja.
"Apa yang pasti filem 29 Februari bukan filem berbahasa
Malaysia terakhir yang saya lakonkan kerana selepas ini peminat akan
melihat saya dalam lebih banyak projek.
"Anugerah ini cukup menaikkan semangat saya sebagai seorang pelakon
dan berharap keterujaan ini tidak akan terhenti setakat di sini sahaja,"
jelasnya kepada mStar Online.
FFM 25 yang berlangsung pada malam Sabtu telah menobatkan filem Bunohan
sebagai Filem Terbaik selain berjaya membawa pulang empat lagi trofi
termasuk Pengarah Terbaik (Dain Said), Lakon Layar Terbaik dan Pelakon
Lelaki Terbaik menerusi lakonan mantap Faizal Hussien.
Dalam pada itu, Jojo berkata, dia sebenarnya tidak menyangka akan dinobatkan dengan gelaran yang dianggap cukup besar buatnya.
Jojo memberitahu, dicalonkan bersama pelakon hebat lain dalam
kategori sama sudah cukup bermakna memandangkan statusnya sebagai
pendatang baru dalam dunia perfileman tempatan.
"Saya memenangi anugerah yang paling berprestrij dalam bidang
perfileman dan sudah tentu saya rasa teruja kerana ini adalah trofi
pertama saya sebagai seorang pelakon.
"Tercalon dan berada dalam satu dewan sama dengan semua pelakon hebat
di negara ini sudah cukup membuatkan saya terharu," jelasnya.
Tambah Jojo, dia juga turut tumpang gembira dan berbangga dengan
pelakon Izzue Islam yang turut dinobatkan bagi kategori lelaki dalam
anugerah yang sama.
Sumber
No comments:
Post a Comment