Pelakon, penyanyi dan pengacara, Jaafar Onn mendedahkan bakal 
menamatkan zaman dudanya
sebelum bulan Ramadan ini. Selepas menggunakan laman Facebook sebagai medium untuk mencari bakal isteri, Jaafar berjaya menemui calon sesuai yang merupakan seorang ibu tunggal berusia 37 tahun yang telah lama terpisah.

"Sebenarnya saya nak cari jodoh di Facebook hanya satu gimik tetapi 
kuasa Allah telah menemukan saya kembali dengan wanita yang terputus 
hubungan sebelum ini.
"Saya memilih untuk bernikah sebelum bulan Ramadan tahun ini," katanya yang dipetik daripada mStar Online. 
Sebelum ini, selepas meluahkan hasrat mencari isteri di Facebook, 
Jaafar menerima hampir seribu pelawaan daripada wanita yang sudi 
berkahwin dengannya. 
Bercerita tentang bakal isterinya, Jaafar berkata, beliau mengambil 
keputusan untuk berkahwin pada usia 62 tahun kerana selesa dengan 
perwatakan wanita yang berasal dari Ipoh, Perak itu.
"Saya tertarik dengan sikapnya yang suka membantu, bertanggungjawab dan
 memahami kerjaya saya sebagai seorang artis," jelasnya yang masih belum
 bersedia mendedahkan nama wanita berkenaan namun memberitahu dia 
berstatus ibu tunggal.
 
.jpg) 
 
No comments:
Post a Comment