Top Blogs

Saturday, March 30, 2013

Home » » Datuk K kini beransur pulih

Datuk K kini beransur pulih


Ahli perniagaan, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa yang juga suami kepada penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza kini beransur pulih selepas
terlibat dalam kemalangan jalan raya.
Menurut Siti, ketika ini kesihatan suaminya semakin baik tetapi masih lagi menjalani fisioterapi bagi menyembuhkan tangan dan bahunya yang mengalami kecederaan.
"Saya sangat bersyukur dengan keadaan suami saya sekarang ini yang dilihat sudah bertambah sihat dan menurut doktor, dia dijangka pulih sepenuhnya pada April ini.
"Bagi saya, ini semua berkat kesungguhan beliau semasa menjalani rawatan fisioterapi selama tiga bulan," ujarnya.
Pada 13 Disember tahun lalu, Khalid atau lebih sinonim dengan panggilan Datuk K terlibat dalam kemalangan jalan raya ketika menunggang motosikal di Queenstown, New Zealand hingga menyebabkannya mengalami patah bahu, cedera pada tangan serta kaki.
Akibat kecederaan tersebut, beliau ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan kemudiannya selamat menjalani pembedahan di Hospital Southland, Invercargill, Queenstown.
Tambah Siti, baru-baru ini, suaminya itu sudah mula datang ke pejabat, tetapi bukan untuk bekerja.
"Kehadirannya itu sekadar bertemu dengan para pekerja,

Sumber

No comments:

Post a Comment

Popular Artikel dari AC

Iklan Berbayar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...