HUBUNGAN cinta antara pelakon Zul Ariffin, dan penerbit filem 
Tayangan Unggul, Gayatri Su-Lin Pillai,  bukan lagi rahsia
 selepas
 Zul sendiri mengakui mereka sedang bercinta. 
Bagaimanapun selepas Zul membuat pengakuan bercinta dengan Gayatri 
kepada Kosmo! pada 25 Disember tahun lepas, Gayatri dilihat seolah-olah 
melarikan diri daripada memberi sebarang kenyataan mengenai hubungan 
mereka.
Bersua dengan Gayatri yang kebetulan turut menghadiri majlis tayangan
 perdana filem Lawak Ke Der 2 di Cathay Cineplex, Damansara, Kuala 
Lumpur  baru-baru ini, wanita ini mempunyai sebab tersendiri mengapa 
sebelum ini dia melarikan diri daripada pihak media.
Ikuti temu bual Kosmo! bersama Gayatri.
Kosmo!: Benarkah Zul merupakan   kekasih Gayatri seperti yang didedahkan Zul kepada Kosmo!  sebelum ini?
GAYATRI: Zul adalah kekasih saya dan kami dalam proses mengenali hati
 budi masing-masing. Sebenarnya kami telah bersama sejak empat bulan 
yang lalu. Saya mula kenal dia ketika dia berlakon dalam filem Penanggal
 dan kami mula rapat selepas penggambaran filem Bikers Kental.

No comments:
Post a Comment