Tamparuli:
Berpantang maut sebelum ajal. Itulah yang berlaku apabila
seorang lelaki berusia lingkungan 50-an nyaris maut selepas kenderaan
dipandunya terbabas sebelum masuk ke dalam SungaiTamparuli, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang itu, kenderaan jenis Toyota dipandu lelaki berkenaan dikatakan menyeberang jambatan lama Tamparuli dari arah Kiulu menuju pekan Tamparuli.
Menurut seorang saksi kejadian dikenali sebagai Omar, 33, berkata, ketika kejadian, jambatan lama itu digenangi air menyebabkan enjin kenderaan terbabit secara tiba-tiba mati ketika berada di pertengahan jambatan.
“Bagaimanapun, usaha mereka gagal apabila kenderaan itu terbabas, sebelum dihanyutkan arus deras sungai,” katanya ketika ditemui, semalam.
Difahamkan, pemandu kenderaan itu tidak mengalami sebarang kecederaan kerana berjaya menyelamatkan diri sebelum turut dihanyutkan arus.
Usaha menarik naik kenderaan itu ke darat mengambil tempoh lebih enam jam.
Sumber
No comments:
Post a Comment