Kuala Lumpur:
Seorang warga emas berusia 64 tahun nyaris maut ditikam
dua lelaki bermotosikal yang bertindak menyamun mangsa dalam kejadian
di belakang tokong Cina, Jalan Maharajalela, , petang tadi. Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad
berkata, dalam kejadian kira-kira jam 2 petang itu, mangsa, Wong Kock
Hin berseorangan melalui laluan pejalan kaki.
“Secara tiba-tiba mangsa dihampiri dua lelaki menunggang sebuah
motosikal lalu bertindak cuba menyamun mangsa. Difahamkan berlaku
pergelutan menyebabkan suspek menikam perut mangsa menggunakan pisau
pemotong sayur.
“Mangsa rebah dengan pisau melekat di perutnya. Suspek memecut laju meninggalkan mangsa dan orang awam yang melihat kejadian itu menghulurkan bantuan,” katanya.
WONG terbaring kesakitan selepas ditikam dua lelaki bermotosikal.
Zainuddin berkata, mangsa yang menetap di Bandar Bukit Jalil, dekat sini kemudian dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan.
Sumber
“Mangsa rebah dengan pisau melekat di perutnya. Suspek memecut laju meninggalkan mangsa dan orang awam yang melihat kejadian itu menghulurkan bantuan,” katanya.
Zainuddin berkata, mangsa yang menetap di Bandar Bukit Jalil, dekat sini kemudian dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan.
Sumber

No comments:
Post a Comment