Top Blogs

Tuesday, February 26, 2013

Home » » Bayi maut tercampak dari kereta di Kilometer 26.51 Lebuhraya Karak

Bayi maut tercampak dari kereta di Kilometer 26.51 Lebuhraya Karak

 
GOMBAK –
 Seorang bayi berusia 20 bulan terbunuh manakala lima ahli keluarganya yang lain cedera parah apabila kereta dinaiki mereka terbabas
di Kilometer 26.51 Lebuhraya Karak, petang kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 petang itu, mangsa yang terbunuh, Della Loh Zi Qing bersama dua lagi penumpang lain dipercayai tercampak keluar dari kereta dinaiki.
Jurucakap Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak berkata, kesemua mereka dari arah Gombak ke Kuala Lumpur dikejarkan ke hospital sejurus selepas kejadian.
Bagaimanapun, bayi yang mengalami kecederaan dalaman serius disahkan meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Selayang.
Beliau berkata, siasatan awal mendapati kereta berkenaan dinaiki enam penumpang termasuk bayi itu.
Menurutnya, kereta berkenaan dipercayai terbabas dan berpusing hingga masuk ke laluan kiri jalan.
“Tiga penumpang termasuk bayi berkenaan tercampak keluar dari kereta manakala mangsa lain yang beralamat dari Taman Mawar, Jelebu, Negeri Sembilan hanya mengalami kecederaan ringan,”
Sumber

No comments:

Post a Comment

Popular Artikel dari AC

Iklan Berbayar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...