JOHOR BAHRU –
Seorang kanak-kanak lelaki meninggal dunia di Hospital
Sultanah Aminah (HSA) semalam selepas tiga hari bertarung nyawa akibat
kecederaan parah di kepala kerana tertusuk buluh penyidai pakaian yang
terjatuh dari sebuah rumah di Flat Sri Tanjung, Taman Kempas Permai...
Sebelum kejadian pada pukul 10.30 malam Ahad lalu, mangsa Muhammad
Alias Che Samad, 4, bersama bapanya, Che Samad Che Omar (gambar kecil),
51, turun dari rumahnya di tingkat dua untuk pergi memanggil kakaknya
yang berusia lapan tahun yang dikatakan bermain di taman permainan
berdekatan rumah supaya pulang.
Bagaimanapun, ketika berada di tempat letak motosikal di tingkat
bawah flat setinggi 17 tingkat berkenaan, secara tiba-tiba sebatang
buluh penyidai pakaian milik sebuah keluarga yang tinggal di flat itu
jatuh menimpa kepala Alias.
Buluh sepanjang dua meter tersebut tertusuk kepala mangsa. Tusukan itu sedalam kira-kira lima sentimeter.
Akibat tusukan itu Alias cedera parah dan koma sebelum anak bongsu
daripada empat beradik itu disahkan meninggal dunia pada pukul 3 petang
semalam di HSA
buluh tersebut terjatuh dari tingkat 12.
Mengimbas kejadian itu, Che Samad berkata, sebelum kejadian arwah
berjalan di depan manakala dia mengekori kira-kira satu meter dari
belakang anaknya itu.
“Entah bagaimana, secara tiba-tiba sebatang buluh terjatuh mengenai
anak saya sebelum buluh tersebut tertusuk kira-kira lima sentimeter di
belakang kepala arwah.
“Alias yang berlumuran darah terus pengsan menyebabkan saya yang
panik terus membawa arwah ke hospital dengan menaiki motosikal,” kata
Che Samad ketika ditemui di Rumah Mayat HSA.
Che Samad berkata, arwah terpaksa dibedah sejurus dimasukkan ke
hospital sebelum ditempatkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) sehingga dia
menghembuskan nafasnya semalam
Sumber : Kosmo
No comments:
Post a Comment