Seorang pengantin wanita di
Kerala, India menjadi pelarian selepas diburu polis kerana menipu dan
merompak suami-suaminya....
Suspek yang dikenal pasti sebagai Shahanaz, dipercayai telah
berkahwin sebanyak lebih 50 kali, tetapi hanya 15 orang mangsanya tampil
membuat laporan polis.
Shahanaz dikatakan berkahwin kali pertama ketika berusia 22 tahun
dengan seorang lelaki bernama Siddique dan dikurniakan seorang anak.
Laporan pertama ke atas wanita itu dibuat oleh Manikandan, seorang
jurujual kereta yang mengaku mula rapat dengannya selepas beberapa kali
berbual melalui telefon.
Menurut akhbar India Express, Shahanaz memberitahu dia adalah anak yatim dan sedang belajar untuk menjadi peguam bela di Mahkamah Tinggi Madras.
Dia turut mendakwa sedang belajar untuk menduduki peperiksaan perkhidmatan awam.
Kedua-dua pasangan itu kemudian berkahwin pada April lalu tanpa restu
kedua ibu bapa Manikandan, namun selepas dua bulan, Shahanaz meminta
izin untuk tinggal di asrama bagi memudahkan dia membuat persediaan
menghadapi peperiksaan.
Manikandan mendakwa, dia turut menjual barangan kemas yang dibelinya
sempena majlis perkahwinan mereka untuk diberikan sebagai wang saku
kepada isterinya.
Bagaimanapun, dua minggu kemudian dia mendapati isterinya tiada di asrama dan tidak dapat dikesan.
Seorang lagi mangsa, Prasanna mendakwa, dia juga pernah berkahwin
dengan wanita sama beberapa tahun lalu, namun Shahanaz tidak dapat
dikesan dan hilang bersama barangan berharga, juga selepas tinggal di
asrama. - AGENSI
No comments:
Post a Comment