AMMAN -
Presiden Syria, Bashar Al-Assad mungkin mewujudkan wilayah
untuk penganut Muslim berfahaman Syiah Alawi sebagai pelan alternatif
jika beliau gagal menguasai keseluruhan Syria yang kini bergolak," kata
pemerintah Jordan, Raja Abdullah......
.Menurutnya, langkah tersebut akan mencetuskan masalah di rantau Arab untuk tempoh beberapa dekad akan datang.
"Saya berpandangan jika beliau tidak boleh menguasai Syria, Bashar
mungkin menjadikan sebuah kawasan sebagai wilayah Alawi untuk menjadi
kawasan pemerintahannya sebagai pelan alternatif (pelan B)," kata Raja
Abdullah dalam satu wawancara yang disiarkan di laman web saluran
televisyen Amerika Syarikat, CBS.
"Tindakan ini, bagi kami, merupakan senario terburuk kerana ia
bermakna Syria akan berpecah dengan setiap panglima akan mula merampas
wilayah masing-masing. Ia akan mencetuskan masalah di rantau Arab yang
mungkin mengambil masa beberapa dekad untuk pulih," tambahnya.
Dalam perkembangan berkaitan, Syria menyatakan askar-askarnya
merampas daerah Salaheddin di Aleppo yang dikuasai pemberontak semalam.
Bagaimanapun, dakwaan tersebut dinafikan kumpulan pemberontak yang menentang kepimpinan Bashar.
Menurut agensi berita Anatolia, kira-kira 2,400 orang memasuki Turki bagi melarikan diri daripada keganasan di Syria.
Sumber : Kosmo
No comments:
Post a Comment