KUALA LUMPUR -
Sebuah balai polis bergerak akan ditempatkan di
kawasan perindustrian Taman City, Segambut di sini dalam usaha
mengurangkan kadar jenayah di kawasan tersebut....
Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan berkata,
tindakan itu adalah sebahagian daripada langkah pencegahan jenayah yang
akan diambil selain meningkatkan kekerapan rondaan.
"Ini adalah inisiatif pihak kami untuk menjamin keselamatan peniaga
dan penduduk di kawasan itu susulan daripada kes samun yang pernah
dilaporkan sebelum ini," katanya ketika dihubungi selepas meninjau
kawasan Segambut semalam.
Beliau mengulas laporan Kosmo! semalam mengenai keluhan
kira-kira 40 peniaga di kawasan perindustrian itu yang bimbang dengan
ancaman jenayah sehingga ada antara mereka terpaksa melakukan urusniaga
menerusi celah-celah jeriji kedai masing-masing.
Jelas Zakaria, tahap keselamatan kawasan itu masih terkawal dengan
sepanjang Jun lalu hingga kini hanya lima kes jenayah dilaporkan.
Beliau bersama beberapa pegawainya turut meluangkan masa kira-kira
dua jam meninjau kawasan itu sambil bersemuka dengan para peniaga
terbabit bagi mendapatkan maklum balas mereka terhadap ancaman jenayah
setempat.
Sumber : Kosmo
No comments:
Post a Comment