AMPANG -
Seorang pekerja penyelenggara penghawa dingin kereta ditemui mati dibunuh dengan kesan lehernya disembelih di hadapan sebuah bengkel membaiki penghawa dingin di Jalan Ampang, malam tadi……
Mangsa warga Myanmar berusia 30 tahun yang belum dikenal pasti identiti itu ditemui pada jam 7.30 malam oleh orang awam.
Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Superintendan Md Nazri Zawawi berkata, saksi kejadian menyatakan nampak seorang lelaki dipercayai warga myanmar berusia 30-an, berkulit gelap telah datang dari belakang terus melibas parang ke arah leher mangsa pada jam 7. 10 malam.
"Mangsa ketika itu sedang membongkok terus rebah dan meninggal dunia di lokasi kejadian. Suspek terus melarikan diri ke belakang sebuah klinik berhampiran lalu membuang senjata yang digunakan ke dalam longkang," katanya.
Menurutnya, terdapat beberapa saksi kejadian antaranya dua pekerja warga Myanmar berusia 38 dan 30 tahun serta seorang pemilik tempat cuci kereta, 23, dan seorang pemilik kedai jual kereta terpakai berusia 51tahun.
"Polis akan meneliti beberapa kamera litar tertutup (CCTV) berhampiran lokasi kejadian, Mayat dihantar ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) untuk dibedah siasat. Kes disiasat mengikut seksyen 302 kanun keseksaan kerana membunuh,"
Sumber : Sinar
No comments:
Post a Comment