JERTIH:
“Emak tak payah ke Kuala Lumpur. Nanti tak sempat jumpa Faiza kerana ini perjumpaan terakhir antara kita.” demikian kata-kata terakhir Faiza Jaafar, 27, yang ditemui mati dibunuh kepada ibunya, yang bertolak ke ibu negara, Selasa lalu…..
Permintaan Faiza kepada ibunya, Rohani Sulaiman, 48, itu dibuat beberapa kali sebelum wanita berkenaan meninggalkannya bersama empat lagi adik-beradik lain yang tinggal di sebuah rumah Projek Pembangunan Rakyat Termiskin di Taman Perwira, Tok Saboh, Kuala Besut, dekat sini.
Bagaimanapun, Rohani terpaksa meninggalkan Faiza bersama empat lagi anaknya kerana mengikuti suaminya bekerja di ibu negara selepas tiga hari berhari raya bersama keluarga di kampung.
Rohani yang pulang malam kelmarin terkejut selepas dimaklumkan ahli keluarga, Faiza dijumpai mati dibunuh di kawasan sawah padi di Kampung Gong Manak, Kuala Besut.
Sumber : metro
No comments:
Post a Comment