Top Blogs

Saturday, August 11, 2012

Home » Eksploitasi 4 wanita, suami isteri mengaku tidak bersalah

Eksploitasi 4 wanita, suami isteri mengaku tidak bersalah

image (13)

TAIPING -

Sepasang suami isteri berhadapan dengan hukuman penjara tidak lebih 15 tahun dan denda setelah mengaku tidak bersalah atas lima pertuduhan di bawah Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007, yang dibacakan ke atas mereka di Mahkamah Sesyen Taiping, semalam……

Semua pertuduhan di baca secara berasingan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Muna Jaafar di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen, Azuar Che Yusof.
Pemilik restoran nasi kandar, Abdul Wahab Abdul Rahman, 34 dituduh mengikut Seksyen 12 Akta Anti Pemerdagangan Manusia dan Anti Penyeludupan Migran 2007, iaitu mengeksploitasi empat wanita warga India bersama seorang wanita warga Indonesia berusia antara 20 hingga 35 tahun sebagai buruh paksa pada April lalu.
Jika sabit kesalahan Abdul Wahab boleh dihukum penjara tidak melebihi 15 tahun dan denda untuk kelima-lima pertuduhan yang dibacakan ke atas dirinya.
Sementara itu, isteri tertuduh, Mazzuen Abdul Majid, 32 dituduh bersubahat dengan suaminya melakukan lima pertuduhan terbabit dan didakwa di bawah Seksyen 109 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 12 Akta Pemerdagangan Manusia dan Anti Penyeludupan Migran 2007.
Jika sabit kesalahan, Mazzuen turut berdepan dengan hukuman penjara tidak melebihi 15 tahun dan denda.
Dalam hujahnya, Muna memohon mahkamah menetapkan wang jaminan sebanyak RM100,000 ke atas setiap seorang tertuduh kerana kesalahan yang dilakukan adalah satu jenayah berat.
Muna menjelaskan, jenayah memperdagangkan manusia mendapat liputan meluas dan kesalahan yang dilakukan tertuduh bukan melibatkan seorang, malah lima mangsa.
Walau bagaimanapun, peguam mewakili kedua-dua tertuduh, P Ravee memohon jaminan dikurangkan kepada RM3,000 dengan alasan pasangan itu masih menanggung dua anak.
Selepas mendengar hujah kedua-dua pihak, Azuar memutuskan untuk membenarkan Abdul Wahab diikat jamin dengan kadar RM50,000 bersama seorang penjamin, manakala Mazzuen diikat jamin dengan kadar RM40,000 bersama seorang penjamin.
Mahkamah juga menetapkan tarikh 5 September untuk perbicaraan kes, termasuk merakam percakapan mangsa terlibat dan digfahamkan, kes ini merupakan kes pertama melibatkan Akta Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migram 2007 di Perak.

Sumber : Sinar

No comments:

Post a Comment

Popular Artikel dari AC

Iklan Berbayar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...