Top Blogs

Friday, August 3, 2012

Home » » Arak bukan promosi Aidilfitri

Arak bukan promosi Aidilfitri

image

GEORGETOWN -

Pihak pengurusan sebuah pusat membeli belah yang didakwa mempromosikan minuman keras sempena sambutan hari raya Aidilfitri mengakui melakukan kesilapan namun ia bukan disengajakan……..

Exco Agama Islam, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Abdul Malik Kassim berkata, sebaik menerima laporan, pihaknya menghubungi pengurusan pusat membeli belah berkenaan dan mengambil tindakan segera.

pihak pengurusan pusat beli belah terbabit bersetuju membuat ubah suai segera dan memindahkan struktur pameran dan botol minuman keras berkenaan.

“Perkara ini bukan disengajakan oleh pihak pusat beli belah itu kerana struktur yang mempamerkan botol arak itu adalah satu binaan lama.

“Binaan replika sempena sambutan hari raya Aidilfitri itu pula baru dibuat di depan struktur botol arak. Oleh itu, ia dilihat seolah-olah dipromosikan bersama apabila kita mengambil gambar sedangkan pihak pengurusan berkenaan tidak berniat sebegitu

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mengecam tindakan pengurusan sebuah pusat membeli-belah terkenal di pusat bandar ini yang mempromosikan minuman keras sempena sambutan Aidilfitri.

Presiden CAP, SM Mohamed Idris berkata, pihaknya kesal dengan pihak pengurusan pusat membeli-belah itu kerana mempamerkan kira-kira 480 botol bir kosong di bawah kain rentang tertera Syawal Ceria.

Sumber : Sinar

No comments:

Post a Comment

Popular Artikel dari AC

Iklan Berbayar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...