Atas desakan peminat, pelantun lagu 'Patah Seribu' Shila Amzah kembali
mengaktifkan semula akuan Twitternya selepas mengambil keputusan untuk
menutup akaun laman sosial tersebut, baru-baru ini....
Tidak menafikan timbul rasa bersalah terhadap peminat berhubung
keputusan yang dibuatnya, Shila memberikan alasan kesibukkan hingga
menyebabkan dia tidak sempat untuk melayan peminat di laman sosial ini.
Selain itu, Shila juga tidak menafikan keputusan yang dibuat berikutan
cemuhan daripada penonton berikutan penampilannya yang tidak bertudung
dalam program raya yang disiarkan sempena musim perayaan ini.
"Saya terima banyak teguran dan kritikan akibat penyiaran itu. Mungkin
mereka tidak tahu rakaman itu dilakukan sebelum saya bertudung. Ramai
yang menyalahkan saya dan menuduh saya bertudung itu hanya sekadar
'hangat-hangat tahi ayam'. Malah ada yang menganggap saya mempersendakan
hijab.
"Sejujurnya saya kecewa dan tertekan dengan apa yang berlaku. Namun
saya tidak menyalahkan stesen televisyen dalam situasi ini. Walaupun
saya cuba menyepikan diri seketika, namun saya sedar masih ada peminat
yang menyokong saya dari belakang," katanya yang akan berangkat ke
Shanghai pada 31 Ogos ini bagi mewakili negara dalam pertandingan Asian
Wave.
Sumber : media
No comments:
Post a Comment