Top Blogs

Monday, August 6, 2012

Home » 45 maut serangan berani mati di Yemen

45 maut serangan berani mati di Yemen

du_05.1

ADEN -

Satu kejadian serangan pengebom berani mati di bandar selatan Yemen telah menyebabkan 45 orang terbunuh dan 37 lagi cedera,……..

Pengeboman itu berlaku kelmarin di bandar Jaar di wilayah Abyan yang telah ditawan semula tentera Yemen pada Jun lalu selepas jatuh ke tangan kumpulan Al-Qaeda.

"Seorang pengebom berani mati Al-Qaeda meletupkan tali pinggangnya pada satu majlis berkabung yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Penentang Popular," kata Gabenor Abyan, Jamal al-Aqal.

Seorang pegawai di Hospital Razi di Jaar berkata, pihaknya telah menerima 24 mayat manakala pasukan perubatan berkata, 12 orang maut akibat cedera parah selepas menerima rawatan di tiga buah hospital.

Kesemua 37 orang mangsa yang cedera kini dirawat di hospital yang terletak di Jaar dan Aden.

Pengebom itu kelihatan menjadikan ketua sebuah kumpulan penduduk suku kaum sebagai sasaran kerana dia menyebelahi tentera Yemen.

Menurut Jamal, tindakan pengebom itu sebagai satu serangan pengganas dan pengecut.

Sumber : Kosmo

No comments:

Post a Comment

Popular Artikel dari AC

Iklan Berbayar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...