NEW YORK
- Seorang bekas guru di Amerika Syarikat (AS), Irvin Gordon
berharap dapat mencatat perjalanan sejauh 4.8 juta kilometer (km) bersama kereta
merah kesayangannya, Volvo P1800 keluaran 1966 tidak lama lagi, lapor laman
berita chron.com..
Setakat ini, odometer kereta dua pintu itu mencatat jarak
perjalanan melebihi 3.2 juta km atau hampir 1,176 pusingan mengelilingi dunia.
Gordon, 72, berharap dapat mencatat jarak 4.8 juta km menjelang
tahun hadapan. Warga emas itu cuma perlu memandu sejauh 54,400km lagi untuk
melakukan pencapaian tersebut.
"Saya seronok memandu kereta ini," kata Gordon yang membayar
$4,150 (RM13,228) untuk kenderaan tersebut pada 30 Jun, 1966.
"Ketika itu, ia bersamaan gaji saya selama setahun," tambahnya.
Gemar melakukan perjalanan jauh, Gordon adalah pemegang Guinness
World Record kategori Kenderaan Perbatuan Tinggi sejak 2002 dan merupakan orang
pertama yang mencatat rekod tersebut.
Menurutnya, dia mengambil masa 21 tahun untuk mencapai jarak 1.6
juta km dan 15 tahun lagi untuk mencecah 3.2 juta km.
Kini bergelar duda selepas bercerai dengan isterinya, Gordon
memandu sekitar 136,000km hingga 160,000km setiap tahun.
Kebanyakan perjalanan itu dilakukan untuk bersiar-siar atau
menyaksikan pertunjukan automobil di seluruh AS
Sumber : kosmo
No comments:
Post a Comment