Top Blogs

Tuesday, July 31, 2012

Home » » Sultan Ibrahim ceriakan majlis masak bubur lambuk

Sultan Ibrahim ceriakan majlis masak bubur lambuk

ne_04.1

MUAR -

Ramadan pada kali ini amat bermakna kepada penduduk di Kampung Tengah, Sungai Terap   bila majlis pengagihan bubur lambuk dihadiri oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ismail Ibni Almarhum Sultan Iskandar………

Pada majlis di Masjid As Syakur di kampung itu kelmarin, baginda mencemar duli menyertai penduduk mengacau bubur lambuk. Turut hadir ialah isteri baginda, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris dan putera bongsu, Tunku Abu Bakar.

Sambil mengacau bubur lambuk baginda sempat berseloroh dengan penduduk kampung dengan menyatakan bubur lambuk yang dikacaunya lebih sedap berbanding tiga kawah lain yang dimasak penduduk kampung.

Dalam kesempatan tersebut, Sultan Ibrahim turut menunjukkan kepada Tunku Abu Bakar cara-cara untuk mengacau bubur lambuk sebelum menyuruh puteranya itu melakukan perkara yang sama.

Selepas itu baginda turut mengagihkan bubur lambuk kepada penduduk kampung sebelum berangkat dan mencemar duli melawat bazar Ramadan di Sungai Abong

Sumber : Kosmo

No comments:

Post a Comment

Popular Artikel dari AC

Iklan Berbayar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...