GUA MUSANG 12 Julai
- Dua hari selepas mendedahkan aktiviti perlombongan emas haram di Kelantan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menyerbu salah sebuah lombong emas yang beroperasi di kawasan hutan Perasu ….
Dalam serbuan disertai 20 anggota dari Ibu Pejabat SPRM Putrajaya itu, lima pekerja tempatan dan tiga pekerja warga Indonesia ditahan manakala peralatan melombong yang dianggarkan bernilai RM1 juta turut dirampas.
Sebelum itu, dalam perjalanan masuk ke kawasan hutan tersebut, SPRM sempat menahan dua pekerja yang memandu sebuah kenderaan pacuan empat roda untuk membawa keluar sebatian tanah mengandungi emas dari lombong berkenaan.
Sumber : Utusan
No comments:
Post a Comment