Top Blogs

Saturday, July 21, 2012

Home » , » Serambi Mekah' jadi sarang arak

Serambi Mekah' jadi sarang arak

ne_08.1

Arak yang menjadi antara barangan larangan keras dijual kepada orang Islam di Kelantan kini begitu mudah diperolehi Hanya dengan beberapa kod rahsia, bekalan arak dikesan boleh dibeli secara mudah di deretan rumah di Kampung Cina ……….

pada harga serendah RM3 sebungkus dan difahamkan majoriti pelanggan terdiri daripada kalangan orang Islam.

Senario yang mencemarkan imej negeri ini yang digelar Serambi Mekah terbongkar selepas lima premis di kawasan tersebut diserbu dalam operasi bersepadu melibatkan Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam (MPKB-BRI), Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JHEAIK), Kastam dan Polis Diraja Malaysia petang kelmarin.

Dalam serbuan kira-kira pukul 4 petang itu, premis terbabit didapati bukan sahaja menjual arak jenis bir di dalam botol dan tin tetapi turut memproses tuak masam iaitu air nira yang diperam.

Setiausaha MPKB-BRI, Mohd. Anis Hussin memberitahu, pada hujung tahun lepas, pihaknya telah membuat serbuan terhadap lima premis tersebut dan mengenakan denda kerana beroperasi tanpa lesen.

Sumber : kosmo

No comments:

Post a Comment

Popular Artikel dari AC

Iklan Berbayar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...