Seorang wanita tergamak membuang bayi lelakinya di rumah usang berhampiran Jalan Lorong Kulit,….
petang semalam.
Bayi malang itu dipercayai baru seminggu dilahirkan kerana masih bertali pusat di badannya.
Bayi itu ditemui seorang pekerja kontrak, Jeffri Sabaruddin, 27, yang kebetulan melalui di hadapan rumah lamanya yang ditinggalkan sejak beberapa tahun lalu kira-kira jam 1.20 petang.
Jefri melihat kehadiran seorang wanita berbaju biru di rumah itu dalam keadaan mencurigakan.
Menurutnya, setelah melihat kehadirannya, perempuan itu kelihatan tergesa-gesa meninggalkan rumah itu dan terus menaiki sebuah bas.
Dia cuba mengekori wanita yang berusia dalam lingkungan 30-an itu hingga ke susur keluar kawasan perumahan terbabit tetapi gagal menjejakinya.
“Wanita yang disyaki seorang warga Indonesia itu terlalu pantas berlari menaiki bas ke arah Komtar sehingga tidak sempat mengejarnya.
“Sebaik pulang semula ke rumah ini,dia terpandang kelibat seorang bayi lengkap berpakaian yang diletakkan di atas simen berlapikkan guni dan bila diperiksa bayi malang itu masih mempunyai tali pusat… satu botol susu dan payung ditemui berhampiran bayi itu.
bayi itu dalam keadaan normal.
Sumber : Sinar.
No comments:
Post a Comment