PORT HARCOURT,
Nigeria 12 Julai - Sekurang-kurangnya 95 orang terbunuh setelah mereka cuba mencedok minyak petrol yang tumpah ….
dari sebuah lori tangki yang terbalik sebelum ia terbakar dalam satu kejadian kejadian pukul 6 pagi waktu tempatan itu berlaku ketika lori tangki itu cuba mengelak satu kemalangan membabitkan tiga kenderaan termasuk sebuah bas…
Menurut saksi, sejurus kemalangan itu berlaku, ratusan penduduk sekitar tempat kejadian berpusu-pusu mengerumuni lokasi kejadian bagi mengambil minyak yang tumpah dari lori itu.
''Tiba-tiba berlaku satu letupan diikuti dengan kebakaran. Sebanyak 93 orang rentung, manakala dua lagi meninggal dunia di hospital dan 18 lagi parah,'' katanya.
AFP berkata, kebanyakan yang terbunuh merupakan pengendali teksi motosikal 'Okada' yang berlumba-lumba memenuhkan tangki kenderaan masing-masing.
Olagunju berkata, sekurang-kurangnya 34 motosikal musnah dalam kebakaran itu
Sumber : kosmo
No comments:
Post a Comment