Erfan Ali parah selepas anjing jenis Rhodesian Ridgeback biasanya dilatih untuk membunuh singa menyelinap melalui lubang pagar dari rumah sebelah ketika dia membantu ibunya …..
mengangkat pakaian dari penyidai. Kedua-dua muka Erfan cedera dibaham anjing bernama Tyson itu.
Mahkamah Gabalfa di Cardiff diberitahu, Erfan terselamat apabila anjing berkenaan akhirnya berjaya diusir daripada terus menyerang budak terbabit.
Pemilik Tyson, Kevin Large, 27, mengaku gagal mengawal anjing 18 bulan itu.
Anjing berkenaan kemudian dibunuh.
Pendakwa, Huw Evans, berkata Erfan bermain di halaman rumahnya ketika Tyson membaham tangan kanannya. “Mangsa menjerit kesakitan dan ibunya cuba menariknya ke arah pintu dapur yang terbuka.
“Dengan terus memegang Erfan dan menolak anjing itu, akhirnya pasangan ibu dan anak itu berjaya masuk ke rumah,” katanya.
Bagaimanapun, kata Evans, disebabkan gagal menutup pintu dengan cepat, Tyson mengekori mereka dan membaham muka Erfan.
Sumber ; metro
No comments:
Post a Comment