AURORA -
"Saya memaafkannya dengan sepenuh hati." Demikian kata salah seorang mangsa serangan ke atas penonton filem Batman di pawagam minggu lalu……
Pierce O'Farrill, 28, yang ditembak tiga kali telah memaafkan penyerang, James Holmes.
"Sudah tentu, saya memaafkan dia dengan sepenuh hati saya," kata O'Farrill kepada pemberita sejurus sebelum dibebaskan dari Hospital Universiti Colorado pada Rabu lalu.
"Apabila saya melihat dia, saya hanya rasa sedih dan kini, dia kehilangan jiwanya,”.
O'Farrill, seorang staf Misi Penyelamat Denver memberitahu Denver Post bahawa beliau berhasrat untuk bertemu dengan Holmes.
"Kadangkala saya mahu temu dia," kata O'Farrill, salah seorang daripada 58 yang cedera dalam serangan.
Seramai 12 orang terbunuh dalam kejadian itu.
Katanya, “perkara pertama yang saya ingin katakan kepadanya 'saya mengampuni kamu', dan seterusnya 'bolehkah saya berdoa untuk anda'?"
Belas kasihan O'Farrill berbeza sama sekali dengan saudara Jessica Ghawi, salah satu daripada 12 orang yang terbunuh Jumaat lalu dalam serangan semasa tayangan tengah malam filem "The Dark Knight Rises".
Ghawi tidak hadir di mahkamah ketika sesi pendengaran pertama kes Holmes Isnin lalu kerana takut dia mungkin cuba untuk membalas dendam atas kematian kakaknya.
"Saya takut jika saya boleh cuba melakukan apa-apa pada lelaki itu," kata Ghawi dalam satu wawancara dengan CNN di luar Mahkamah Daerah Arapahoe County sejurus selepas pendengaran.
"Saya tidak percaya dia sedang duduk di sana dan berpura-pura menjadi tidak keruan," kata Ghawi. "Dia tahu apa yang dia lakukan
Sumber : Sinar
No comments:
Post a Comment