GOMBAK:
“Saya tidak memaafkan perbuatan remaja lelaki terbabit yang menetak tangan kanan hingga terbelah.
. hanya kerana ingin mengambil wang dan kad tambah nilai dianggarkan bernilai RM1,000 ketika mereka menceroboh kedai runcit saya di Selayang Point malam kelmarin,.. mangsa samun, N Sarathi, 32, yang menerima 15 jahitan di tangan akibat ditetak remaja terbabit.
Dalam kejadian jam 9 malam itu, mangsa didatangi empat remaja lelaki yang menyamar pelanggan dan berpura-pura mahu membeli barangan.
dia pada mulanya mengesyaki sesuatu bila melihat tindak-tanduk mereka yang mencurigakan namun mendiamkan sahaja sebelum remaja itu datang ke arahnya membawa beberapa barangan runcit.
“Seorang dari mereka menyeluk tangan dalam begnya sebelum mengeluarkan sebilah parang dan menetak tangan saya.
“Kejadian itu berlaku terlalu pantas dan remaja yang melihat saya kesakitan membuka laci sebelum mereka mengambil wang dan kad tambah nilai,”ketika ditemui di rumahnya di Selayang, semalam.
Menurutnya, ketika itu, remaja terbabit turut menggertak pelanggan lain yang ingin masuk dalam kedai dengan parang menyebabkan mereka tidak berani masuk dan melarikan diri.
Sumber : metro
No comments:
Post a Comment