Top Blogs

Wednesday, July 18, 2012

Home » , » Kes pukul: Letak wang sebagai perangkap

Kes pukul: Letak wang sebagai perangkap

image (1)

Polis Perak Tengah sudah merekodkan keterangan 19 pelajar termasuk mangsa yang terbabit dalam kes pukul di Sekolah Menengah  Raja Dr Nazrin Shah di Kampung Gajah,,,,,

bagi membantu siasatan kes itu,   kelmarin.
Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Mohamad Fakri Che Sulaiman berkata, siasatan awal mendapati, kes tersebut tiada unsur gangsterisme seperti mana yang didakwa sesetengah pihak sebelum ini.
Katanya, melalui keterangan yang diambil, pihaknya mendapati kumpulan pelajar itu memasang ‘perangkap’ untuk menangkap mangsa.
Berikutan itu katanya, kumpulan pelajar terbabit sengaja meletakkan sejumlah wang di atas meja untuk melihat reaksi mangsa.
“Selepas beberapa ketika, pelajar terbabit dikatakan bertindak mengambil wang itu lalu membeli burger di gerai berhampiran.
“Bagaimanapun, pelajar itu tidak mengaku mengambil wang berkenaan ketika kumpulan pelajar tersebut menyoal siasatnya,” katanya ketika ditemui pada Majlis Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak, semalam.
Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana mencederakan orang. Beliau turut menasihati pelajar supaya memberitahu pihak pengurusan asrama jika berlaku salah laku dan bukan bertindak sendiri.
Dalam kejadian Sabtu lalu, mangsa, Muhammad Fareez Akmar Mustapa, 16, mendakwa dipukul 18 pelajar sebayanya menggunakan objek keras lebih tiga jam selepas enggan mengaku mencuri wang sebanyak RM100 milik seorang  pelajar.
Akibatnya, Muhammad Fareez Akmar mengalami lebam pada beberapa bahagian di muka, paha dan belakang badannya.

Sumber ;Sinar

No comments:

Post a Comment

Popular Artikel dari AC

Iklan Berbayar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...