Beberapa gadis pelayan pelanggan yang leka memberi layanan mesra kepada beberapa pelanggan di sebuah pusat hiburan di Seksyen 16 tersentak selepas premis itu diserbu …..
pasukan Cawangan Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya, Hasil serbuan itu, seramai 14 wanita warga asing berusia 20 hingga 36 tahun masing-masing dari Thailand (14) dan seorang Indonesia ditahan selepas pemeriksaan mendapati mereka masuk dan bekerja di negara ini menggunakan pas lawatan sosial.
Melalui pemeriksaan yang dijalankan juga, seorang dari wanita warga Thailand memberi alasan bahawa dia masuk ke negara ini untuk berseronok bukannya bekerja.
siasatan awal mendapati wanita warga Thailand itu bekerja di Jerman tetapi ke Malaysia untuk bekerja sebagai GRO.
“Mereka bekerja sebagai GRO di kelab ini kerana memperoleh pendapatan lumayan kerana kelab ini hanya dihadiri dalam kalangan VIP dan ahli perniagaan
, seorang lelaki Cina tempatan turut ditahan selepas mengaku semua wanita terbabit bekerja di kelab berkenaan.
Sumber : Sinar
No comments:
Post a Comment