JONGKONG emas bernilai RM2 juta. Itu ganjaran yang bakal menanti barisan pemain badminton negara sekiranya mereka berjaya membawa pulang pingat emas dari temasya Sukan Olimpik 2012 di London yang akan bermula 27 Julai ini.
Ganjaran tersebut adalah sumbangan Kelab Raket Kuala Lumpur (KLRC).
Pengerusi KLRC, Datuk Seri Andrew Kam berkata, insentif jongkong emas itu adalah sebagai tanda sokongan daripada pihaknya terhadap barisan pemain badminton negara yang bakal menggalas cabaran di bumi London nanti.
Katanya, ganjaran tersebut adalah khusus buat barisan pemain badminton negara sahaja.
“Saya cabar pemain-pemain negara yang beraksi pada Sukan Olimpik 2012 nanti untuk berusaha mendapatkan pingat emas.
“Jika berjaya, KLRC menerusi skim hadiah kemenangan kami akan memberikan ganjaran berupa jongkong emas bernilai RM2 juta kepada pemain yang meraih pingat emas.
“Ini semua adalah sokongan KLRC terhadap pemain negara dalam usaha memastikan Malaysia berjaya merealisasikan impian untuk memenangi pingat emas buat kali pertama pada Sukan Olimpik,
Sumber : kosmo
No comments:
Post a Comment