ZANZIBAR 19 Julai - Sekurang-kurangnya 38 orang lemas, manakala beratus lagi hilang dan dikhuatiri turut lemas selepas sebuah feri karam, Feri tersebut berlepas dari ….
Pusat Komersial Tanzania, Dar es Salaam tengah hari semalam membawa 290 penumpang dan krew termasuk 30 orang kanak-kanak.
Pasukan penyelamat berjaya menyelamatkan 149 penumpang dan menemui 38 mayat termasuk dua warga Eropah.
Jurucakap polis Zanzibar, Mohamed Mhina berkata, harapan untuk menyelamat mangsa yang hilang semakin tipis.
"Cuaca sangat buruk dengan ombak kuat serta angin kencang menghalang operasi menyelamat dan memaksa pihak penyelamat untuk menghentikan operasi mencari,'' tambahnya.
Presiden Kepulauan Zanzibar, Mohamed Shein mengisytiharkan tiga hari sebagai hari berkabung.
Sumber : Utusan
No comments:
Post a Comment