WARSAW 29 Julai -
Empat rakyat Poland terbunuh akibat disambar petir ketika kesemua mangsa menjelajah kawasan pergunungan Pieniny dekat sempadan Slovak kelmarin…….
Media tempatan melaporkan, sepasang suami isteri, masing-masing berusia 50 tahun, ditemui bersama mayat anak perempuan mereka dan tunangnya berhampiran gaung yang terletak beberapa ratus meter dari hostel mereka.
Pasukan penyelamat Poland dan Slovak menggunakan anjing pengesan dan helikopter untuk mengesan kesemua mangsa yang dilaporkan hilang sejak Rabu lalu.
Sumber : Utusan
No comments:
Post a Comment