Top Blogs

Thursday, July 12, 2012

Home » , » Emas Kelantan 'dirompak'

Emas Kelantan 'dirompak'

dn_04.medium

KOTA BHARU 10 Julai - Berpuluh-puluh tapak perlombongan emas haram dikesan beroperasi di beberapa daerah di negeri ini.

antara kawasan yang menjadi tumpuan aktiviti tersebut ialah Tanah Merah, Kuala Krai, Jeli dan Gua Musang.

Tindakan `merompak’ hasil negeri yang telah berlarutan sejak beberapa tahun lalu itu menyebabkan Kelantan kerugian ratusan jutaan ringgit.

Ini berdasarkan laporan mengatakan ada di antara lombong haram itu mampu memperoleh sehingga satu kilogram emas yang dianggarkan mencecah nilai RM190,000 dalam masa tiga hari melombong.

Selain itu, kegiatan tersebut juga menyebabkan berlaku kerosakan pada alam sekitar.

kebanyakan lombong haram berkenaan beroperasi tidak jauh daripada lombong berlesen.

Keadaan itu, jelas sumber terbabit, sekali gus menimbulkan persoalan tentang penglibatan serta peranan mereka membanteras kegiatan tidak bertanggungjawab itu. berbeza dengan kaedah perlombongan konvensional berlesen, pengusaha lombong-lombong haram beroperasi dengan kos yang rendah iaitu kira-kira RM5,000 sehari dengan hanya menggunakan beberapa orang pekerja dan jentera berat.

Tanpa membina kolam mendapan dan saliran air secara terurus seperti disyaratkan dalam peraturan melombong, pelombong haram dipercayai beroperasi di sepanjang tebing sungai.

Ada juga yang mengorek dan menimbus dasar sungai sehingga menyebabkan kerosakan serius pada aliran sungai.

Sumber : Utusan

No comments:

Post a Comment

Popular Artikel dari AC

Iklan Berbayar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...