BEIJING 26 Julai -
Penduduk China yang berang dengan cara kerajaan menangani banjir, bertindak mengemas kini sendiri jumlah kematian bencana itu pada hujung minggu lalu dan membuat persediaan sendiri menghadapi banjir…..
Tindakan tersebut dibuat ekoran rasa kecewa terhadap pihak berkuasa bandar raya Beijing yang tidak mengemas kini jumlah kematian terbaru sejak Ahad lalu, sehari selepas bandar itu dilanda banjir kilat ekoran sistem penyaliran air yang tidak berkesan.
Pihak berkuasa menyatakan, seramai 37 orang terbunuh dalam kejadian tersebut, namun laporan media tempatan menyebut, angka kematian mungkin mencapai 61 orang.
Malah, laporan dalam Internet juga mendakwa, angka korban mungkin lebih 300 orang.
Seorang pekerja pejabat penerangan kerajaan daerah Fangshan yang hanya dikenali sebagai Xu berkata, jumlah sebenar kematian sedang dikemas kini dan maklumat itu akan dikeluarkan sebaik-baik sahaja proses pengiraan selesai.
“Saya tidak tahu bagaimana ada pihak melaporkan angka kematian mencapai jumlah 300 orang," katanya.
Laporan dalam laman web carian Google, turut memaparkan senarai nama dan jantina 19 mangsa yang terkorban atau hilang.
Agensi berita Xinhua pula melaporkan, sekurang-kurangnya 95 orang terbunuh dalam bencana yang melanda 17 wilayah dan bandar terbabit.
Seorang penulis di barat daya wilayah Sichuan, Li Chengpeng berkata, dia menyenaraikan nama mangsa yang terbunuh dalam kejadian banjir di Beijing dan tempat lain.
“Kami tidak boleh mengharapkan kerajaan untuk melakukan kerja tersebut dan kami perlu melakukannya sendiri menggunakan Internet
Sumber : utusan
No comments:
Post a Comment