Top Blogs

Thursday, July 19, 2012

Home » , » 160 gading gajah dirampas

160 gading gajah dirampas

images (1)

BANGKOK:

Thailand merampas hampir setengah tan gading gajah bernilai dalam anggaran AS$725,000 (RM2.29 juta) yang diseludup dari Kenya dalam kotak yang dilabel sebagai kraftangan, kata pegawai kanan kastam di lapangan terbang utama di bandar raya…..

Kira-kira 160 gading gajah seberat 456 kilogram ditemui dalam pemeriksaan secara rambang ke atas enam kotak kayu di atas sebuah pesawat dari Kenya - hub penyeludupan gading gajah, menurut Pengarah Kastam di Lapangan Terbang Suvarnabhumi, Tawal Rodjit. “Kotak itu dari Kenya...barangan berkenaan dilabel ‘Barangan Untuk Diisytihar’ sebagai kraftangan,” katanya sambil menambah dia percaya gading gajah itu ingin dijadikan barangan aksesori.

Menurutnya, rampasan kotak pada 13 Julai itu yang dialamatkan ke sebuah syarikat palsu di Thailand, adalah rampasan ketiga gading gajah yang diseludup ke dalam atau keluar dari negara itu melalui lapangan terbang sejak Januari lalu.

Polis telah melancarkan siasatan mengenai rampasan itu yang melanggar undang-undang antarabangsa terhadap penyeludupan spesies terancam.

“Hukumannya hingga 10 tahun penjara dan denda empat kali nilai barangan dirampas,” katanya. Pakar berkata, penyeludup menggunakan Thailand untuk menyeludup gading gajah mentah atau diukir ke negara berhampiran, China (di mana ia digunakan untuk perubatan tradisional) dan Jepun. Namun, sesetengahnya turut dihantar ke Amerika Syarikat dan Eropah.

Sumber : metro

No comments:

Post a Comment

Popular Artikel dari AC

Iklan Berbayar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...