Top Blogs

Wednesday, July 3, 2013

Home » » Teka Bayi Kate Dapat Naik Cruise

Teka Bayi Kate Dapat Naik Cruise

Boleh dikatakan seluruh dunia kini sedang menantikan kelahiran ‘Bayi DiRaja Britain’ yang bakal memegang takhta Britain.

Bayi Kate Middleton dan Putera William itu dijangka lahir pada 13 Julai ini.
Memetik kenyataan Istana Buckingham menerusi laporan US Weekly, sambutan secara gilang gemilang akan dilakukan apabila akan adanya pengumuman rasmi di perkarangan istana, tembakan hormat, kibaran bendera serta deringan loceng.
Bayi
Keterujaan tersebut bukan sahaja di kalangan penduduk Britain, juga di Amerika Syarikat apabila sebuah organisasi media di sana, US Weekly menganjurkan satu pertandingan kepada pembaca mereka.
Para pembaca US Weekly hanya perlu meneka tarikh kelahiran dan berat bayi tersebut.
Peserta yang dapat meneka dengan tepat berpeluang untuk merasai pelayaran eksklusif selama tujuh hari di Kepulauan Caribbean dengan menaiki Princess Cruises’ Royal Princess.
Menurut sebuah laman web, pertandingan tersebut telah mendapat ribuan penyertaan walaupun ia baru sahaja dipromosikan.
Nampaknya, kelahiran bayi tersebut bukan sahaja memberi sinar kebahagian kepada pasangan Kate dan William, malah kepada rakyat.

No comments:

Post a Comment

Popular Artikel dari AC

Iklan Berbayar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...