Top Blogs

Friday, July 12, 2013

Home » Tak sempat cium tangan

Tak sempat cium tangan

Arau: Permintaan kali pertama seorang kanak-kanak perempuan mahu ke sekolah dengan membonceng basikal ditunggang kakaknya berakhir tragedi
apabila dia terbunuh dalam kemalangan di Jalan Mata Ayer berhampiran Kampung Alor Lanchang, di sini, semalam.
Lebih menyayat hati, mangsa, Nur Aleya Batrisha Mashrul Nusairi, 6, sempat memanggil nama kakaknya yang juga murid tahun empat Sekolah Kebangsaan (SK) Kubang Gajah, Nur Fatin Nabila, 10, sebelum menghembuskan nafas terakhir di tempat kejadian.
Dalam kejadian jam 7.10 pagi itu, sebuah Proton Saga dipandu seorang lelaki berusia 50 tahun yang dalam perjalanan ke Mata Ayer dipercayai melanggar basikal dinaiki dua beradik itu dari arah sama yang menukar haluan secara tiba-tiba.

Pemandu kereta itu cuba mengelak, namun gagal menyebabkan dua beradik itu melambung sebelum terjatuh di atas jalan raya sejurus dilanggar kereta berkenaan.
FotoARWAH Nur Aleya (kiri) bersama kakaknya, Nur Fatin Nabila.

Kejadian itu menyebabkan Aleya mati di tempat kejadian akibat parah di kepala, manakala kakaknya cedera di beberapa bahagian badan.

No comments:

Post a Comment

Popular Artikel dari AC

Iklan Berbayar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...