Top Blogs

Friday, July 19, 2013

Home » » Suami mahu sambal Liyana

Suami mahu sambal Liyana

PASANGAN merpati dua sejoli, Liyana Jasmay dan Fathuddin Mazlan yang mula melayari bahtera rumah tangga pada Februari tahun ini buat kali pertama merasai nikmat
berpuasa bersama-sama.
Bersederhana tapi bersulam rasa teruja, kata Liyana, dia masih berusaha untuk menyesuaikan diri dalam kehidupan perkahwinan bersama insan tersayang.
Sempena kedatangan bulan Ramadan, pengalaman sulung bergelar isteri dan menjalani ibadah puasa di Kota Kinabalu, Sabah, menghadiahkan seribu satu rasa kepadanya.
"Sampai hari ketujuh puasa, saya masih belum memasak hidangan bersahur kerana tinggal bersama keluarga.
"Kebanyakannya sudah dimasak oleh ibu saya, tetapi apabila pulang ke Kota Kinabalu tugas saya sebagai suri rumah bermula.
"Suami ingin merasa air tangan saya memasak sambal sardin untuk bersahur. Memang dia seorang penggemar semua jenis sambal dan katanya, sekarang saya sudah lulus memasak sambal.
"Untuk juadah berbuka pula dia bukan seorang yang cerewet, ala kadar pun sudah memadai," katanya yang ditemui pada majlis berbuka puasa dan sidang akhbar Anugerah Syawal 5 Malam 4 Hari TV9 di Kelab Golf Kuala Lumpur baru-baru ini.

No comments:

Post a Comment

Popular Artikel dari AC

Iklan Berbayar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...