Top Blogs

Saturday, July 20, 2013

Home » » Radhi OAG Pilih Gadis 19 Tahun, Nikah Tahun Depan

Radhi OAG Pilih Gadis 19 Tahun, Nikah Tahun Depan

ohartis-radhi-oag-kekasih-2Radhi OAG pernah menggegarkan dunia hiburan dengan isu dadah dan juga penceraiannya

suatu ketika dulu. Setelah beberapa lama berada di Pusat pemulihan Pengasih, Radhi kini bebas sepenuhnya dari najis dadah malah akan bernikah dengan seorang gadis yang berusia 19 tahun pada tahun hadapan.

Gadis pilihan hati yang bernama Nur Shahira Ayu atau lebih mesra disapa Ayu, 19, berkata, keputusan tersebut dibuat kerana merasakan hubungan cinta yang mereka semai sejak empat tahun lalu sudah masuk pada fasa yang matang.

“Insya-Allah, saya dan Radhi sudah merancang untuk berkahwin pada tahun hadapan. Doa-doakanlah agar hajat kami yang baik ini menjadi kenyataan.” akur Ayu.

Ayu mengakui bertuah kerana Radhi sudah berjaya meninggalkan tabiat buruknya dalam penyalahgunaan dadah, dan juga bersyukur kerana Allah memberikan kekuatan dan semangat kepadanya untuk terus bersama Radhi biarpun dia pernah terlibat dengan dadah.

“Banyak pengorbanan saya berikan semasa berkawan dengan Radhi dan Alhamdulillah, berkat semangat yang saya berikan termasuklah dorongan daripada keluarga, dia boleh meninggalkan tabiat buruknya. Malah dia juga tidak lagi merokok.” jelas Ayu lagi.

Malah menurut Ayu yang juga model sambilan, dia telah membuat keputusan untuk berhijab sejak bulan Disember tahun lalu setelah berniat untuk mendirikan rumahtangga bersama Radhi.

Sumber

No comments:

Post a Comment

Popular Artikel dari AC

Iklan Berbayar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...