Top Blogs

Wednesday, July 3, 2013

Home » » Madu penawar penyakit

Madu penawar penyakit

proses pengambilan madu tualang.
Di lokasi pemungutan madu, taklimat ringkas proses pengambilan madu tualang daripada pembekal madu,diberikan.
.Sebaik taklimat ring­kas selesai, dinasihatkan memasuki tiga kelambu putih di sekitar kawasan terbabit bagi mengelak perkara gigitan lebah hutan.

Berbanding cara pe­ngambilan madu di waktu malam, peluang menyaksikan dua pemungut madu, Mohd Zamri Mohd Hassan, 21, dan Ahmad Ghazali, 20, di Seri Bandi,Keberanian mereka memanjat pokok pada ketinggian 30 hingga 45 meter sangat mengagumkan.
Menggunakan pakaian kalis sengatan, Mohd Zamri dan Ahmad bersiap sedia menghadapi disengat lebah semata-mata mendapatkan habuan madu tualang.

Mereka memanjat pokok berdekatan kawasan madu sebelum melemparkan batu bertali menggunakan lastik. Fokus harus diberikan terhadap dahan yang sesuai untuk memudahkan kerja.

Madu lebah mengandungi pelbagai kandungan mineral dan vitamin seperti B6, tiamina, miacin, ribotlorina dan asid pontohenic.

Bahan makanan berkhasiat terbabit juga mengandungi zat-zat seperti kalsium, zat besi, kuprum, magnesium, manganese, fosforus, potasium, sodium dan zink.

Ia juga mengandungi vitamin B1, B2, C, B6 dan B3. Komposisinya berubah-ubah sesuai dengan kualiti madu bunga dan serbuk sari diperoleh lebah.

Selain itu madu juga berperanan sebagai antioksida dalam badan manusia yang boleh menghapuskan bahan-bahan radikal yang menjadi penyebab kepada penyakit kronik.

Penyelidikan Universiti Sains Malaysia (USM) mendapati madu lebah tualang boleh meningkatkan tahap imunisasi badan terhadap serangan penyakit.

USM dengan kerjasama FAMA membuat 20 kajian terhadap madu tualang dan mendapati ia memberikan kesan positif kepada tubuh manusia.

Penemuan baru khasiat madu lebah juga mendapati ia boleh mempercepatkan penyembuhan luka dan mengurangkan kesakitan.

Antara khasiatnya termasuk melewatkan menopaus di kalangan wanita berusia, merawat penyakit diabetis, menguatkan tulang dan meningkatkan hormon di dalam badan wanita.

Berpengalaman kira-kira 10 tahun dalam mengendalikan aktiviti pemungutan madu asli, Ibrahim mengakui pemburu madu tualang berdepan risiko tidak diingini. madu lebah tualang sangat ganas dan tidak seperti lebah biasa di ternak di ladang.

“Sifat semula jadinya itu menyebabkan lebah ini dikenali sebagai ‘Giant Bees’. Tubuhnya agak besar berbanding lebah biasa,” katanya.

Menurutnya, lebah hutan yang membuat sarang di pokok tualang sangat gemar membuat sarang berdekatan sumber air.

“Pencari madu mudah menjejaki madu lebah berdasarkan tanda-tanda kehadiran lebah hutan terbabit di kawasan berair atau tepi sungai.

“Jika terdapat lebah di kawasan itu, maka adalah sarang di kawasan sekitar. Air antara campuran semula jadi dalam madu,” katanya.
 untuk mengenal pasti sarang lebah hutan yang mempunyai madu cukup mudah.

“Kita tengok hujungnya, jka gemuk sedikit dari saiz biasa terutama pada hujung dahan, maka di situ banyak madu.

“Jika bernasib baik, setiap sarang mampu menghasilkan antara 10 hingga 15 kilogram madu,” katanya.

Katanya, mengambil madu pada siang hari demi keselamatan pemungut.

“Jika malam, pelbagai kemung­kinan boleh berlaku apatah lagi pokok tualang amat tinggi,” katanya.

Pernah mengikuti peng­gambaran BBC Discovery Channel pada Mei tahun lalu, Ibrahim berkata proses mendapatkan madu tualang perlu menggunakan api dari daun pokok palas atau sabut kelapa yang dibakar bagi mendapatkan asapnya.

“Kaedah ini sudah menjadi amalan biasa untuk membolehkan lebah lari ke kawasan lain, sebelum rumah madu di potong untuk dimasukkan ke dalam baldi.

“Sesudah itu, madu yang diturunkan akan ditapis untuk mendapatkan madu asli,

“Lebah bergantung kepada bunga. Ini bermakna bunga pokok amat penting dalam penghasilan madu,”

Dalam pasaran ketika ini madu tualang boleh dijual RM90 sekilogram.
tip untuk menentukan sama ada madu itu tulen atau campuran.

“Madu asli mempunyai rasa masam dan manis, berbanding madu tiruan hanya mempunyai rasa manis.

“Malah, jika terkena sengatan lebah hutan, sapukan madu itu di tempat yang disengat.

“Ada meletak cuka di kawasan sengatan dan jika masih belum pulih, dapatkan rawatan di hospital,






No comments:

Post a Comment

Popular Artikel dari AC

Iklan Berbayar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...