Top Blogs

Friday, July 12, 2013

Home » » Lana Nordin dicekup hisap rokok, berjudi dan tidak puasa?

Lana Nordin dicekup hisap rokok, berjudi dan tidak puasa?

Lana Nordin ditangkap hisap rokok dan tidak puasaBenarkah Lana Nordin ialah pelakon seksi yang ditangkap

penguatkuasa Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) semalam kerana terlibat dalam perjudian mahjung di sebuah pusat siber di Bandar Puteri? Itu admin kurang pasti namun berdasarkan artikel yang dikongsikan oleh laman blog kelabraven, wanita itu didakwa sebagai Lana Nordin.

Selain Lana, terdapat lagi seorang wanita lain yang turut ditangkap bersedudukan di bilik VIP di tingkat tiga premis terbabit. Mereka dipercayai tidak berpuasa, menghisap rokok dan menikmati minuman yang terhidang. Apabila ditanya kenapa tidak berpuasa, kedua-dua wanita itu memberikan alasan sakit perut.

Dalam serbuan itu, mereka sedang leka bermain mahjung bersama dua lelaki bukan Islam di dalam sebuah bilik kecil yang terletak di sebalik ruang permainan snuker.

Pengarah Jabatan Penguatkuasaan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), Mejar (B) Mohd Rasip Rasul berkata, hasil risikan dan pemantauan, pihaknya melakukan serbuan ke pusat siber yang turut menjalankan aktiviti permainan snuker itu, petang semalam.
Hasil pemeriksaan mendapati perniagaan pusat siber yang sudah beroperasi sejak enam bulan lalu dan menawarkan pelbagai aktiviti hiburan kepada pengunjung tidak mempunyai lesen sah daripada MPSJ.
Dalam serbuan diketuai Penolong Pegawai Penguat Kuasa MPSJ, R Ravinthran bersama 23 anggota, premis itu dikenakan tindakan sitaan manakala peralatan dirampas.
“Kami bertindak merampas 42 set komputer mengandungi perisian perjudian atas talian dan dua televisyen. Tindakan diambil di bawah UUK 3 Undang-undang kecil Pusat Siber MPSJ 2007 kerana menjalankan perniagaan pusat siber tanpa lesen daripada MPSJ.”
Beliau berkata, pelakon berkenaan bersama tiga rakannya kemudian dibebaskan selepas butir keterangan diri diambil.

Sumber

No comments:

Post a Comment

Popular Artikel dari AC

Iklan Berbayar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...