Top Blogs

Monday, July 1, 2013

Home » » Gagal curi lembu pengsan dibelasah

Gagal curi lembu pengsan dibelasah

Alor Gajah: Seorang lelaki yang disyaki menjadi buruan polis sejak beberapa bulan lalu bukan saja gagal dalam misinya
mencuri dua anak lembu, malah dibelasah penduduk dalam kejadian di Kampung Rantau Panjang, Masjid Tanah, dekat sini, awal pagi kelmarin.
Difahamkan, dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi, empat lelaki berusia 20 dan 30-an yang menaiki dua kereta berasingan dilihat berada dalam keadaan mencurigakan di sekitar kampung berkenaan.
Semua suspek dikatakan baru menyumpit dua anak lembu yang berkeliaran di tepi jalan dengan menggunakan ubat pelali dan membiarkan haiwan itu pengsan sebelum melarikannya.

Beberapa penduduk yang kerap kehilangan lembu menyedari perkara itu dan berpakat mengintip kegiatan suspek.
Penduduk yang juga pemilik lembu, Mohd Azwan Mohd Nor, 20, menerima panggilan daripada seorang jiran memaklumkan seekor daripada anak lembunya mati dilanggar kenderaan dan terbaring di tepi jalan.

No comments:

Post a Comment

Popular Artikel dari AC

Iklan Berbayar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...