Top Blogs

Tuesday, July 2, 2013

Home » » Empat kanak-kanak mati lemas bot terbalik akibat ombak besar

Empat kanak-kanak mati lemas bot terbalik akibat ombak besar

MANILA - Empat kanak-kanak mati lemas dan tiga yang lain hilang di tengah Filipina selepas sebuah bot kecil terbalik semasa laut bergelora akibat
Ribut Tropika Rumbia, kata pasukan penyelamat semalam.
Jurucakap pejabat pertahanan awam, Rosario Cabrera berkata, mangsa terdiri daripada beberapa keluarga yang membuat perjalanan antara dua pulau kecil pada Sabtu lalu.
"Bot itu terbalik ekoran ombak besar," kata Cabrera dalam satu kenyataan bertulis kepada agensi berita AFP.
Menurutnya, kanak-kanak yang terkorban berusia antara satu bulan hingga lapan tahun.
Dua kanak-kanak dan seorang wanita tua turut dilaporkan hilang.
Kelmarin, nelayan menyelamatkan lapan orang termasuk empat kanak-kanak selepas mereka berpaut pada beberapa bahagian bot terbalik itu selama 23 jam.
Ribut Tropika Rumbia melanda tengah Filipina pada hujung minggu lalu dengan menyebabkan perkhidmatan feri, penerbangan tempatan dan bekalan elektrik terjejas.
Ribut itu kini bergerak ke Laut China Selatan menuju selatan China.

No comments:

Post a Comment

Popular Artikel dari AC

Iklan Berbayar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...