Rumah pelakon dan penyanyi Erra Fazira di Damansara telah dipecah
masuk
oleh dua lelaki yang tidak dikenali dipercayai mahu mencuri kereta
pada tengah hari Isnin.
kejadian berlaku apabila Erra, anaknya, Engku Aleesya dan pembantu rumahnya tiada di rumah kerana menghantar anak ke sekolah.
"Kami keluar dari rumah pada pukul 1 tengah hari, bagaimanapun 45
minit kemudian, saya dihubungi jiran memberitahu rumah saya dipecah
masuk.
“Saya terkejut dan lantas berpatah balik ke rumah. Namun ketika itu
pencuri terbabit sudah melarikan diri, tetapi menurut jiran saya,
kebetulan ketika itu ada sebuah kereta peronda yang melalui kawasan
berkenaan.
"Peronda mengejar pencuri yang juga memandu kereta sehingga melanggar
beberapa kereta yang diletakkan di hadapan rumah di kejiranan itu,”
katanya.
Menurut pengacara program Primadona ini, perasaan traumanya masih terasa dan membuatnya terfikir untuk berpindah ke rumah lain.
“Saya pun tidak tahu bagaimana mereka (pencuri) boleh masuk dalam
kawasan rumah saya, tetapi menurut jiran, pintu pagar automatik rumah
saya itu sudah terbuka. Difahamkan mereka umpilkan pintu pagar itu.
"Bagaimanapun saya bersyukur kerana kejadian berlaku ketika kami
tiada di rumah, kalau tidak entah apa yang mungkin terjadi,"
Sumber
No comments:
Post a Comment