Sunday, April 7, 2013
Home »
Artis
»
Raja Ilya Ratu Filem Tamil
Pelakon dan pengacara Raja Ilya Raja Mohamad mengakui namanya lebih dikenali di arena filem dan drama tamil
tanah air dan antarabangsa berbanding industri lakonan Melayu tempatan.
Raja Ilya, 27, pernah beberapa kali terlibat dalam filem dan drama Tamil tempatan dan luar negara atau lebih dikenali sebagai Kollywood.
"Saya sedar tidak berapa dikenali dalam industri lakonan drama dan filem Melayu di sini, namun kalau di arena filem Tamil antarabangsa, nama saya boleh dikatakan agak kukuh.
"Populariti saya boleh disamakan dengan Erra Fazira di sana, tapi di sini susah sedikit kerana ramai sangat macam Erra Fazira," ujarnya ketika ditemui pada majlis pelancaran drama Dahlia, di sini, pada Jumaat.
Pelakon berdarah Melayu-Mulayalam ini fasih berbahasa Tamil dan pernah memebintangi drama Tamil seperti Tup Periyum Pulli, Agguran dan pelakon utama dalam filem arahan Afdlin Shauki, Appalam.
Dalam perkembangan terbaru, Raja Ilya akan menjalani penggambaran di Madras, India untuk filem komedi Tamil berjudul Biriyani.Katanya, filem tersebut akan diarahkan oleh Venkat Prabhu dan dibintangi oleh Karthi dan Hansika Motwani. Sementara itu, dalam drama Dahlia terbitan Golbal Station ini, Raja Ilya bakal memeggang watak antagonis barnama Haliza yang merupakan kawan baik kepada Dahlia lakonan Dira Abu Zahar.
"Watak saya kali ini sofiskated dan lebih matang dan tiada solekan tebal untuk menampakan akrakter wanita jahat. Dalam drama ini saya nampak macam baik tapi sebenarnya tidak", ujarnya. Di bawah arahan Pali Yahya, drama 40 episod bakal menemui penonton mulai 22 April di saluran Mustika HD (saluran 134).
Sumber

Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment