Top Blogs

Tuesday, April 2, 2013

Home » » Llaki besenjata serang skolah

Llaki besenjata serang skolah

KARACHI -
 Seorang guru besar dilaporkan terbunuh,
manakala sekurang-kurangnya enam orang termasuk empat murid sebuah sekolah di tengah Pakistan cedera, selepas dua lelaki bersenjata yang menyerang sekolah itu secara mengejut, kelmarin.

Dipetik Al-Jazeera, jurucakap polis memberitahu, kedua-dua penyerang menaiki motosikal bertindak melempar sebutir bom tangan ke arah bangunan sekolah itu sebelum menyerbu masuk dan melepaskan tembakan.

"Polis menjumpai lebih 30 kelongsong peluru selain guru besar, Abdur Rasheed disahkan meninggal dunia dan kira-kira lima kanak-kanak parah," katanya.

Seorang mangsa berkata, kejadian tercetus ketika puluhan murid sekolah sedang menunggu pengumuman keputusan peperiksaan mereka.

Setakat ini, tiada mana-mana pihak tampil mengaku bertanggungjawab terhadap serangan itu.
Sumber

No comments:

Post a Comment

Popular Artikel dari AC

Iklan Berbayar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...