Top Blogs

Thursday, April 4, 2013

Home » » Anzalna 'Dihimpit' Llaki Kaya

Anzalna 'Dihimpit' Llaki Kaya

Pelakon Anzalna Nasir tidak berselindung terdapat beberapa lelaki kaya dan golongan kenamaan cuba mendekatinya untuk meraih cinta.

Anzalna, 22, berkata dia tidak pernah memberi peluang untuk didekati individu berkenaan melainkan jika ia atas urusan kerja selain untuk menjaga hubungan dengan kekasihnya Hanif Zaki.
"Saya hanya berkawan dengan lelaki lain hanya atas dasar kerja dan tidak sesekali mendekati mereka yang mempelawa untuk bercinta dengan saya walaupun mereka di kalangan VIP.
"Kalau mereka bertujuan hanya untuk mengenali saya kerana ada agenda lain saya akan tolak mentah-mentah,.
Jelas Anzalna, dia berbuat demikian bagi menghormati dan menjaga hubungan percintaannya dengan kekasihnya yang telah terjalin sejak 15 tahun dulu.
Tambah Anzalna, dia juga akan berpegang teguh dengan matlamatnya bergelar artis adalah mencari rezeki semata-mata.
Pelakon filem Sepah The Movie ini juga merancang untuk menamatkan zaman bujangnya pada tahun depan.
. Cuma tarikhnya sahaja belum ditetapkan.
"Keluarga pihak lelaki juga ada merancang untuk masuk merisik namun masih belum ada masa yang sesuai lagi,
Sumber

No comments:

Post a Comment

Popular Artikel dari AC

Iklan Berbayar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...