Top Blogs

Wednesday, March 13, 2013

Home » » Scha Mahu Menonjol Sbagai Pengacara

Scha Mahu Menonjol Sbagai Pengacara

 Pelakon Scha Al Yahya berazam untuk lebih menonjol sebagai seorang pengacara
dan tidak akan menolak jika ada mana-mana syarikat produksi yang ingin memberinya peluang itu.
Scha atau nama sebenarnya Sharifah Norazean Syed Mahadzir, 30, berkata, dia tidak pernah berasa kekok bergelar pengacara kerana sifatnya yang memang gemar bercakap.
"Saya memang suka bercakap di depan kamera dan tidak keberatan untuk menerima sebarang tawaran sebagai pengacara sekiranya berpeluang kerana begitu menyukai bidang itu.
"Malah apabila TV3 menawarkan saya untuk menerajui program Muzik-Muzik saya tidak fikir panjang kerana saya memang menantikan peluang untuk bergelar pengacara," jelasnya kepada mStar Online.
Scha sebelum ini pernah mengacarakan program Sehati Berdansa bergandingan dengan pelakon Fahrin Ahmad.
Sumber

No comments:

Post a Comment

Popular Artikel dari AC

Iklan Berbayar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...