Kuala Terengganu:
Dengan tujuan mengeluarkan ‘semangat Imam Nawawi’
seorang penyelia kilang yang dipercayai terpengaruh ajaran sesat
bertindak memotong kemaluan bapanya sebelum memotong kemaluannya
sendiri,di kediaman keluarga itu di FELDA Kerteh 6, Ketengah Jaya, Dungun, awal pagi semalam.
Dalam kejadian jam 4.15 pagi itu, suspek yang berusia 40 tahun dan bekerja sebagai penyelia kilang di Balakong, Selangor dikatakan memotong kemaluannya selepas melihat bapanya berusia 67 tahun yang juga bilal masjid berlumuran darah menahan kesakitan.
“Suspek dipercayai terpengaruh dengan ajaran sesat dipelajari melalui laman web menyebabkan dia tergamak bertindak sedemikian,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu di sini, semalam.
MANGSA turut parah selepas kemaluannya dipotong menggunakan pisau.
Menurutnya, sebelum kejadian, suspek ada menghantar SMS kepada seluruh ahli keluarganya supaya pulang berkumpul di rumah mereka terletak berhampiran masjid dengan alasan dunia akan kiamat pada hari Jumaat.
Sumber
No comments:
Post a Comment