Top Blogs

Thursday, March 7, 2013

Home » » Nouri direman atas kmatian suami

Nouri direman atas kmatian suami

 Penyanyi yang popular pada tahun 90-an, Nouri (gambar) semalam ditahan reman bagi membantu siasatan kes kematian suaminya
di sebuah kondominium di Ampang Utara
Ketua Polis Daerah Ampang, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin mengesahkan penahanan Nouri atau nama sebenarnya Norin Ramli, 39, bersama dua anak saudaranya bermula semalam hingga Ahad ini di bawah Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah.
"Wanita itu dan dua individu lagi telah ditahan di Ampang pagi tadi (semalam) bagi membantu siasatan," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.
Dalam kejadian kira-kira pukul 5 petang Isnin lalu, suami penyanyi tersebut, Khairul Azmi Jaafar, 39, ditemui mati dengan tangan dan kakinya terikat.
Mangsa yang merupakan ejen jualan langsung dikatakan meninggal dunia akibat serangan jantung.

No comments:

Post a Comment

Popular Artikel dari AC

Iklan Berbayar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...